Anis Mahirah
Lunch Treat: Seoul Garden Kb Mall.
Saturday, 28 June 2014 • 01:15 • 1 comments

Assalamualaikum!



Masa aku bagitau someone tu aku nak pergi lunch Korean food,
memang kaw kaw aku kena. 
Yelah, sebab dulu apa apa berkaitan Korea aku anti. Haha.




Last last terpengaruh dengan ajakan HOUSEMATES. (salahkan housemates).
Sebab tu korang nak masuk hostel, kena ada jati diri. Haha.
Takdelah, first first aku layan Running Man. Mula mula seriously aku takpaham apa yang kelakar sangat.
Roomate aku, Mira lah yang banyak cerita pasal RM, setiap kali kitaorang tengok, setiap kali tu lah aku tanya nama players dia sebab aku confused. Tapi, sekarang dah ingat deh.


Tapi, cerita drama drama Korea ni aku taklayan sangat. Kadang kadang TERpandang housemates tengok.
Lepas tu, mesti aku yang kalut nak tahu ending dia. Haha.


Apa yang aku perasan, orang Korea ni bila makan mesti semangat gila. Macam sedap sangat. Bila aku dapat tahu wujudnya Seoul Garden untuk rasa
Korean Food,
lagi lah aku rasa nak makan sangat sangat even aku ni bukan jenis suka try makanan yang tak biasa makan.


Sekali lagi, Korean buat aku terpengaruh.


Setelah aku tahu cousin aku pegi makan kat Seoul Garden kat Kelantan, lagi lah aku merengek nak suruh dia temankan makan. And akhirnya Hari Jumaat, hari full of barakah,
apa yang aku idamkan termakbul. keke.
My cousin, KakNa telah membuktikan dia seorang cousin TERBAIK di dunia kerana telah membelanja den makan kat Seoul Garden. 

Mohon jeles uollls.




Kat Kelantan, wajib signboard tu ada tulisan Jawi. Means, kalau ada tulisan Jawi
memang sah anda di Kelantan, not Korea k. 


Dekat entrance, ada receiptionist yang akan great n take order. Dia jugak akan tanya sama ada kita student or tak. If awak awak nak student price, show your matric card pls. Masa tu manalah aku nak matric card, then ada kakak maneh yang baik cakap, aku high school. 

Adehh. -,-

Takkesah lah janji dapat diskaun kan.
 High school ke university ke, asalkan student harga sama je.

Don't worry bab makan tarak kelentung eh.


Then, kitaorang order 1 adult and 1 student. Then, pilih soup. I forgot lah ada beberapa jenis yang ada but my cousin decide pilih Thai Tom Yam.
 Okey, makan makanan Korea tapi ada Thai disitu? Wakaka. Lepas tu, we have our seat. Waiter dia akan set up apa semua dan bermulah untuk kita pilih anything yang kita nak makan.



MasyaAllah makanan dia banyak sangat. Aku sampai tercengang taktahu nak makan apa.
Apa yang aku tahu tentang makanan Korea adalah Kimchi je. Hahaha. Sumpah taktahu nak ambik apa. Last last aku ikot cara Melayu je lah asal kenyang :P



Bila tengok video kat atas, aku mcam Oo.(macam tu rupanya, haha).








...





Seoul Garden kat sini buffet style so boleh makan puas puas. Lauk lauk dia semua fresh fresh. Kiranya tak nyesal lah makan kat sini.








Banyak sangat pilihan sampai otak aku pening. Ada lauk yg macam macam, mee, sauces, drinks, ice cream ABC, fried food, salad n etc. Kalau aku sebut satu per satu makanan yang ada, memang semakin panjanglah entry ni.



Banyak banyak air yang ada, aku minum air dua jenis je.
Iced lemon tea n Apple Tea.
Iced lemon tea dia sedapp bak hang, terasa lemonnya. Haha. 


Aiskrim pun ambik empat flavours je sebab dah kekeyangan.
Cousin aku rembat ABC ala ala Korea kot. 








Mostly customers yang makan kat sini, snap pics dulu sebelum makan bukannya baca doa. Hahaha. Aku makan takpandang dah kiri kanan. Yelah, nak feeling feeling makan kat Korea kan. The food was so delish. Memang tak rugi.










Lepas makan, aku pegi ambik family aku kat airport. Memang excited aku cerita pasal Seoul Garden kasi diaorang jeles. Hehe. 

Lepas aku check out website Seoul Garden, baru aku tahu
price dia tak sama rupanya. I ingat sama pricing kat semua outlets kat Malaysia.




Muka lepak lepas kenyang. :P


Jadi? Tunggu apa lagi, baik serbu Seoul Garden sekarang. Oh ya, Lilaxhazel
Makcik Sha nak belanja aku nanti. Agak agak bila la tu. :P




Apa apa pun Seoul Garden memang daebak!.




Salam <3

PEMILIK BLOG


Profile

CHIT-CHAT


Memori



credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
The editor: Lyana Fitry
Copyright: Anis Mahirah (me)