Anis Mahirah
CadanganJalan: Penang Escape Theme Park
Wednesday 14 October 2015 • 00:48 • 0 comments

Assalamualaikum! 

Lepas aku pindah Kelantan, dari zaman Tamhidi selalu plan nak pergi Perlis. 
Yelah, cinta tertinggal kat Perlis :P Bukan main lagi rancang tapi last last aku decide bagitau duaorang je konon nak suprise. Aku book tiket flight dari kb-sbz-aor. Terkejar2 aku masa sampai airport subang sebab ambik flight time dekat2. Nasib baik sempat. Pheww. Kalau tak, burn lah tiket flight aku. 

Ni lah makcik makcik LH yang sanggup ambik aku kat airport, belanja, bawak gi jejalan.



At first, plan nak gi Langkawi lepastu cancel sebab faktor cuaca. Lepastu terus gi TheCarnivall, Sg Petani. Sampai sampai sana tutup! Serius sedih. :P 




Last last gi Penang. Betol lah orang cakap, yang tarancang tu menjadi! Hahaha.


Penang Escape Theme Park.


Tips nak jimat, better korang book online ticket sebab harga online ticket lagi murah daripada walk in. 

Harga: Untuk range macam aku, RM72 walk in. RM57+ online booking. 
Tapi pastikan online booking 24 jam sebelum pegi. 
https://ticket.escape.my/

Waktu operasi: Selasa hingga Ahad., 9pagi-6petang

Games: http://www.escape.my/Attraction.html#escape_fun


Sebenarnya aku tak suka sangat pegi sini sebab kitaorang ingat mati mati ada waterpark.  Semua games kat sini yang extreme,  so siapa yang suka lasak, nak fitness, nak kurus, nak sihat boleh lah datang sini. Pastikan sebelum pegi, pakai sport shoes ye.. Bawak towel (kalau nak mandi).  Banyak sangat game, tapi kitaorang tak main semua pun sebab taklarat.  Nak main satu game pun, aku rasa berat aku dah hilang berkilo kilo. Hahaha.

















Tetiba terjumpa classmate USIM. :P





Sesiapa excited nak pegi sini boleh lah book tiket sekarang! :)

Thank you for reading this entry!

Labels: , ,


Dinner DL =)
Saturday 25 April 2015 • 06:29 • 0 comments

Assalamualaikum.

Alhamdullilah, exam untuk sem 1 hari tu dapat DL, hehe. Tak expect pun tau tak!
Bila check result, masa tu nak nangis sangat sebab masa Tamhidi(Asasi),  
result aku bawah 3.0. 

So bila masuk degree ni, memang azam nak belajar betol betol je, 
kalau dapat DL rezeki Allah bagi.


Fakulti aku buat dinner untuk budak budak DL. Thankyou =)
Best dinner  ni sebab dapat makan free. Hahaha. So, baik korang semua belajar rajin rajin. Kalau fakulti aku 3.6 baru layak untuk dapat DL dan mungkin akan berubah, memang cabaran betol lah.




Aku nie takde tips berguna sangat sebab last minute study tu paling best! Hahaha.

Just dua benda je aku nak pesan.

1. Jaga hubungan dengan Allah dan manusia.

-Jaga hubungan dengan Allah semua orang dah faham. (dah besar kan =P)
-Parents kita hari hari kena call, tanya khabar. 
Ni tak, bila tak cukup duit, baru nak call.
-Hormat cikgu, datang kelas awal. 
-Buat baik dengan kawan. Kalau terasa pun dengan kawan, sabar je lah. =)


2. Belajar ikot apa Allah suruh, bukan ikot hati.

 Setiap orang ada cara belajar tersendiri. Ada yg suka sorang2, ada yang suka grouping. Nak study group tak salah pun tapi ingat batas. 
Ni tak, konon study group tapi berdating. Heh.  Mana lah nak dapat berkat kalau camtu? Tapi aku tahu tak semuanya macam tu, just certain people k.
Aku just ingatkan, biasalah bila semua dah besar, orang larang pun degil :P



























Awak doakan kita dean list sampai sem8 tau! Hiks. Aamiin.




Thank you for reading this entry ! Salam <3



Aku+Kelantan
Tuesday 14 April 2015 • 11:05 • 0 comments

Assalamualaikum :)

Ok. Entry aku kali ni berkaitan  aku dan Kelantan. 

Kenapa aku nak share pasal ni?
Actually aku sendiri tengah kenal dengan negeri kelahiran aku sendiri.
Hahaha. 


Before this, kalau orang tanya, 

Anonymous: 'Paten kat kelantan kat mana tempat makan best? Jalan jalan kat mana menarik?
Aku: Aaa taktahu..Adehh. Seoul Garden kat KbMall kot. Hahaha
 (terkumat kumit nak jawab!)

At that time rasa macam teruk sangat sebab tak tahu pasal tempat best kat negeri sendiri. Lek lek meh aku cerita satu per satu.

Memanglah aku dilahirkan kat sini, parents orang sini. Semua adik beradik lahir kat sini. Mengikut apa yang parents cerita, masa kecik ada hijrah kat KL kejap lepas tu Kelantan balik lepas tu hijrah Perlis, hampir 9 tahun! 
Memang Perlis sentiasa kat hati aku hehe.


Tahun 2014, barulah pindah balik Kelantan. Tahu tak, masa awal awal pindah, adik bongsu aku tak tahu nak cakap loghat Kelantan. Kesian dia, sebab masa tu loghat utara je yang dia fluence. Kalau aku, loghat mana mana pun boleh muhehe sebab tu jarang orang boleh detect aku asal negeri mana. (belagak sikit). Aku ni, kalau bercakap dengan orang, ikot loghat orang tu bercakap. Memang takde pendirian langsung.

Masalah betol kan? Alaaa sebab aku confused sikit, aku rasa macam loghat aku dah bercampur campur :')

Kalau tanya bab tempat menarik belah belah utara, laju je jawab. Kalau negeri sendiri, nak pegi mana mana pun pakai waze! Sadis sangat cerita aku. Jalan balik kampung je aku ingat, kalau yang lain ingat ingat lupa. Maklumlah terbayang jalan masa kecik2 dulu je., Yelah, sekarang ni belajar kat Nilai, Negeri Sembilan. Bila masa pulak aku ada masa nak explore Kelantan. 

Takpelah slow slow aku hafal jalan kat sini. Lagipun sekarang, aku dah banyak google pasal makanan, tempat best kat sini hehe so lepas ni aku lek je jawab kalau ada orang nak travel ke Kelantan. 
Jangan risau, aku jenis cepat belajar. Ok poyo sangat.

Lepas ni, insyaAllah aku akan update pasal Kelantan especially bab makanan lah sebab biasa orang travel mesti tak tahu sangat kan. Moga, majulah aku untuk negeri sendiri. Hahaha



Terimakasih sebab baca entri ni! Salam <3




                

First Year Student: Sem 2
Tuesday 7 April 2015 • 01:21 • 0 comments

Assalamualaikum :)


Sejak masuk universiti tambah tambah dah degree ni lagi malas aku nak update belog. Tak cukup masa sebab banyak main main. Hahaha! Bab masa kena sangat aware, jangan buang masa sangat.

 Sesungguhnya kerana masa, manusia kerugian. 
[Surah Al-'Asr 103:1-3]

Bila degree, rasa macam sedar diri sikit, dah tua. Ops. Kalau tak, pikir main main je memanjang.
Umur pun duapuluh tapi feeling feeling macam sekolah menengah lagi. Orang zaman dulu kira anak dara tua tau tak. Matured lah sikit paten. 

Sem 2 ni bahang stress tu aku dapat rasa sikit. Subjek makin susah, so kena betol betol fokus. Sekarang tukar kelas, dapat kawan baru. Nasib lah semua baik baik je dengan aku. Dapat kawan baik pun nikmat kena syukur tau!
Assignment pun dah belambak lambak, kadang rasa, Ya Allah, apa semua ni.
Tapi kita lek lek je, setiap yang susah tu datang dengan kesenangan.
Aku selalu pesan kat diri sendiri, susah mana pun jangan senang senang nak putus asa.

Tapi esok lusa dah nak cuti midsem so macam lega sikit walaupun lecture dah bekalkan homework menggunung. Sebenarnyakan, aku dah buat list thing nak buat apa kat rumah nanti. Hahaha, over sangat kan! Yelah, aku jenis suka catat sebab aku mudah lupa hihi.


Ni BigFamily aku kat USIM. Classmate sem lepas tapi BigFamily tetap keep in touch hari hari! (group whatssap. hiks).
 Kelas baru takde ambik gambar sama sama lagi haha.



Life aku sama je macam budak budak lain. Eh tak tak, aku banyak main hahaha. Takde yang menarik sangat, pegi kelas balik kelas. Nanti kalau rajin aku update lagi. 







Thank you for reading this entry ! Salam <3




PEMILIK BLOG


Profile

CHIT-CHAT


Memori



credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
The editor: Lyana Fitry
Copyright: Anis Mahirah (me)