Mahar.
Sunday, 13 October 2013 • 01:52 • 0 comments
Assalamualaikum. : )
Actually aku malas nak update blog. Entah mengapa dan kenapa. Tapi disebabkan aku tak tahu mau buat apa. Jadi aku pun me'rajin'kan diri dan jari jemari untuk menaip.
Hari tu, kat rumah KKNC, ada buat kuliah maghrib. Sepatutnya kuliah tajuk lain, tapi aku pun taktahu tetibe ustaz tu cakap isu mengenai kahwin.
Ustaz tu ada menegur, perihal mahar tinggi melambung tapi kesudahnnya rumah tangga tiada barakah.
Untuk apa mas kahwin, hantaran tinggi-tinggi kalau niat hanya untuk menunjuk? Kamu menikah kerana apa sebernanya?
"Mas kahwin yang paling baik adalah yang paling mudah''
Mudah di sini bermaksud tidak memberatkan mana-mana pihak terutamanya pihak lelaki yang perlu memberinya. Mudah bermaksud mengikut kapasiti kemampuan tanpa menyebabkan kemudharatan semata-mata kerana ingin bayar mas kahwin tersebut.
Come on muslimah sekalian, tak kan nak bebankan bakal suami dengan hutang? Last-last kamu jugak yang kena tanggung beban hutang tu. Dalam islam tiada jumlah mutlak dan tetap, kerana definisi mudah itu berbeza mengikut keadaan, tempat serta zaman. Subhanallah, benarlah islam itu bersifat syumul, 'alamiyah, sentiasa relevan dan mengandungi hikmah untuk sepanjang kehidupan. Ada juga yang berpendapat; ''kalau murah sangat, macam mudah sangat je nak dapat, macam perempuan tu takde nilai'' Allah Ya Rabbi..aku memang tak setuju statement macam tu. Kalau kita memilih seorang lelaki kerana keimanannya, maka kita perlu yakin bahawa beliau akan melayan seorang isteri dengan baik sebab dia tahu itulah perintah ALLAH. Mahar mahal-mahal tak menentukan kelas layanan mereka. Tetapi yang menentukannya adalah keimanan serta ketaqwaannya. Aku belum bernikah lagi, aku masih tak pasti tentang mahar,hantaran bagai tapi apa yang aku pasti ''aku zalim kalau aku sampai tahap memberatkannya, menyusahkan hidup satu jiwa muslim. Menyebabkan fokusnya lebih kepada pengumpulan harta berbanding pengislahan diri.'' Baitul muslim yang bakal dibina, coraknya tidak ditentukan oleh mahal murahnya. Buat para lelaki, keimanan lah merupakan mahar yang tidak ternilai harganya. Persiapkan diri dari sudut keilmuan serta kemantapan hati. Macam nak didik anak orang, kalau diri sendiri terkontang kanting?. Muhasabah. =) Barakallah buat bakal-bakal pengantin. Doakan saya dapat suami yang hensem+soleh. Ameen.
Salam <3
|
PEMILIK BLOG Posted by Anis Mahirah on Sunday, April 12, 2015 Profile CHIT-CHAT Memori credits Big helped: Aulia Septiya The editor: Lyana Fitry Copyright: Anis Mahirah (me) |